Selamat datang ke laman web rasmi Ellipse Training Centre (ETC)

Pembangunan adalah keutamaan di abad ke-21 ini. Namun, cabaran-cabaran yang datang menyebabkan kita perlu memandang semula kepada definisi pembangunan agar ia tidak sahaja membawa makna kemajuan fizikal, tetapi juga perkembangan sosial, kejiwaan, ilmu dan pendidikan, serta kerohanian. Oleh itu, pembangunan modal insan menjadi amat penting, dalam usaha memastikan pembangunan yang dicapai seimbang dan berkelangsungan baik.

Dengan matlamat menyumbang ke arah “pembangunan modal insan”, melalui motivasi (motivation), pelatihan (training), pendidikan (education) serta pembangunan emosi, spiritual, dan IQ, Ellipse Training Centre (ETC) hadir dengan niat yang suci untuk memastikan usaha murni itu diteruskan dan berkesinambungan.

Comments are closed.